Al-Quran menceritakan kepada Nabi Muhammad S.A.W mengenai Zulkarnain dan bagaimana Zulkarnain menggunakan kekuasaan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T yang menguasai dari barat ke timur dan menempa kejayaan bagi tiap satu yang dikerjakannya dengan zat Allah. Ini telah pun dibahaskan dalam Siapakah Zulkarnain dan mengapa ayat ini diturunkan kepada junjungan baginda Rasulullah S.A.W.
Bermula dengan ayat ke 82 hingga 98 dari Surah Al-Kahfi, Nabi Muhammad
S.A.W diceritakan berkenaan pengembaraan Zulkarnain yang mana
membongkar satu kisah yang mengaitkan kekuasaan Allah yang mencipta
kejadian makhlukNya, mengatur urusan kehidupan serta memberi petunjuk
kepada manusia tanda-tanda hampirnya kiamat yang mana segalanya atas
ketentuanNya yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. Justeru itu,
antara manusia mahu mengambil peringatan atau tidak, ketetapan Allah
terus berlangsung sama ada dalam kita sedar ataupun sebaliknya leka
mengikut norma kehidupan semasa.
Zulkarnain memulakan pengembaraannya ke arah matahari terbenam (barat). Di sana beliau sampai ke suatu tempat di mana airnya berwarna hitam (dipercayai Black Sea atau Laut Hitam). Beliau memahami, itu adalah penghujung jalan yang mampu beliau pergi.Di situ beliau terjumpa satu kaum manusia, yang kufur. Lalu beliau diberi pilihan oleh Allah iaitu sama ada mereka dibunuh melalui azab siksaan setelah diseru kepada mengesakan Allah ataupun diberi pilihan boleh membuat kebaikan kepada mereka dengan cara menyampaikan dakwah kepada mereka agar beriman kepada Allah.
Lalu beliau memberitahu kepada kaum berkenaan. sekiranya melakukan
kezaliman dan penindasan akan dihukum kerana orang-orang yang zalim,
apabila kembali kepada Tuhannya, akan diazab dengan azab yang
pedih. Sebaliknya orang yang berbuat baik, akan diperlakukan dengan
sebaik-baiknya. Bahkan mereka akan diberi ganjaran. Sepertimana
Firman Allah S.W.T :
Pengembaraan ke arah Matahari Terbit
Kemudian, Zulqarnain meneruskan pengembaraannya ke arah yang bertentangan. Iaitu ke arah matahari terbit (timur). Di sana juga beliau bertemu dengan satu kaum yang ganjil dan pelik tinggal di situ. Mengikut tafsir al-Maraghi mereka tidak berpakaian dan tidak mempunyai rumah kediaman. Mereka hanya tinggal di dalam lubang-lubang tanah. Mereka hanya akan keluar pada waktu malam untuk mencari makanan mengikut cara mereka tidak mengikut kebiasaan bangsa yang lain. Ia dalam erti kata lain hidup secara primitif atas kefahaman tiada perlindungan itu disamakan dengan tidak berpakaian dan kediaman sepertimana Firman Allah S.W.T :

Sekian dari blog saya dlu
Tidak ada komentar:
Posting Komentar